AIR ADALAH SUMBER KEHIDUPAN YANG SIHAT

Air memang merupakan sumber kehidupan. Namun, air kotor bukanlah sumber kehidupan yang baik dan layak bagi manusia. Tidak hanya bagi manusia, air bersih juga amat diperlukan oleh makhluk lain seperti tumbuhan dan haiwan untuk meneruskan hidupnya. 

Secara umumnya negara kita mempunyai banyak sumber air, namun bekalan air bersih semakin berkurangan sedangkan permintaan terhadapnya semakin meningkat. Keadaan ini timbul akibat peningkatan jumlah penduduk dunia dan pelbagai kegiatan yang berkaitan dengannya.

Punca berlaku kekurangan bekalan air bersih 

1. Peningkatan suhu global antara faktor menyebabkan bekalan air bersih berkurangan. Suhu persekitaran menyebabkan kehilangan air akibat proses penyejatan. Peningkatan suhu global menyebabkan kadar penyejatan air ke atmosfera adalah tinggi proses adalah tinggi.

2. Pencemaran akibat pengurusan sisa buangan yang tidak sistematik menyebabkan sumber air bersih tercemar. Sungai merupakan sumber bekalan air bersih. Longgokan sampah di tapak pelupusan menghasilkan sisa toksik yang akan mengalir ke sungai dan sumber air bersih yang lain. Pengaliran sampah dan sisa toksik menyebabkan air tercemar, seterusnya mengurangkan bekalan air bersih.     
                                                  
3. Simpanan air bawah tanah semakin berkurangan. Air bawah tanah merupakan sumber bekalan air bersih. Kegiatan pembalakan yang menjejaskan kawasan tadahan. Pembangunan pesat menyebabkan air hujan tidak serap ke dalam tanah sebaliknya terus mengalir ke sungai. Keadaan ini mengakibatkan kuantiti air bawah tanah berkurangan seterusnya menjejaskan bekalan air bersih.
Kesan/Masalah akibat kekurangan bekalan air bersih

1. Kekurangan bekalan air bersih akan menjejaskan kesihatan. Kekurangan air bersih untuk diminum akan menyebabkan masalah kekurangan air dalam badan 'dehydration.Kekurangan air bersih untuk diminum akan menyebabkan penyakit seperti taun kerana terpaksa meminum air yang tercemar.

2. Kekurangan air akan menyebabkan tanah menjadi kontang. Air yang tercemar akan menjejaskan kualiti tanah. Keadaan ini akan menjejaskan aktiviti pertanian.

3. Kekurangan sumber air akan mengakibatkan kepupusan flora dan fauna. Flora dan fauna memerlukan sumber air untuk hidup. Air yang tercemar menyebabkan flora dan fauna akan mati akibat kekurangan air.
Langkah meningkatkan bekalan air bersih

1.Bagi meningkatkan bekalan air bersih lebih banyak loji rawatan air dibina. Pembinaan loji rawatan air membolehkan air sungai, air tasik dan air dari sumber lain yang tercemar diproses  menjadi  sumber air bersih.

2. Peningkatan dalam R & D dapat membantu menambah sumber bekalan air bersih. R&D membolehkan  penciptaan alatan moden bagi merawat air buangan. Melalui R&D juga air laut boleh diproses menjadi air untuk minuman.


3. Menyediakan lebih banyak kawasan tadahan air dapat meningkatkan  bekalan air bawah tanah. Mengawal aktiviti pembalakan dan penerokaan hutan dapat menyediakan lebih banyak kawasan tadahan air.


4. Mengawal pembuagan sisa kimia dan toksik dapat mengawal sumber bekalan dari tercemar. Sisa buangan kimia dari aktiviti pertanian dan  industri diurus secara sistematik.

Kredit: perigibakti.blogspot.com