Cody/ST

Apa itu Cody/ST? Cody adalah singkatan kepada Coway Lady dan ST adalah Service technian. Ia merupakan salah satu jabatulan an terpenting di dalam Coway. Tugas mereka adalah memastikan produk-produk yang diguna oleh pengguna Coway dalam keadaan baik, bersih dan selamat digunakan.

Cody/ST ini akan datang ke setiap rumah pengguna produk Coway setiap 2 bulan sekali untuk mencuci dan memeriksa keadaan produk adakah dalam keadaan baik. Mereka semua ini telah dilatih oleh pihak syarikat untuk memberi perkhidmatan yang terbaik dan mesra pelanggan.

Cody terdiri daripada pasukan wanita yang prihatin dan berdedikasi yang sentiasa bersedia dalam membantu pelanggan dengan perkara-perkara teknikal yang berkaitan dengan penggantian penapis dan penyelenggaraan produk. Sementara itu, ST (Juruteknik Perkhidmatan), terdiri daripada sekumpulan juruteknik lelaki yang memainkan peranan yang sama dengan Cody.