Coway Technician

Coway Technician adalah terdiri daripada sekumpulan lelaki yang dilatih oleh pihak Coway untuk membuat pemasangan dan penghantaran setiap produk yang ditempah oleh para pelanggan. Ia juga dikenali sebagai CT. CT akan ke rumah atau lokasi pemasangan mengikut hari dan waktu yang ditetapkan sendiri oleh pelanggan.

Perkhidmatan pemasangan yang diberi adalah secara percuma. Pemasangan yang dilakukan adalah teliti dan menekankan kekemasan mengikut kehendak pelanggan. Perkhidmatan ini meliputi seluruh Malaysia kerana di setiap negeri dan kawasan telah ditempatkan 2 atau 3 orang CT untuk ditugaskan membuat pemasangan. Maka, tiada masalah kepada pelanggan yang duduk di luar bandar untuk menikmati produk dari Coway.

Selain itu, CT juga di tugaskan untuk membaikpulih produk yang mempunyai masalah melalui laporan yang dibuat oleh pelanggan. Perkhidmatan ini dinamakan sebagai A/S (After Service)