Kepentingan air dalam kehidupan

70 peratus daripada badan kita ialah air. Tubuh badan kita amat memerlukan air untuk menyelaraskan suhu badan. Selain ia diperlukan untuk membekalkan nutrien kepada organ tubuh badan, ia juga bertindak sebagai cecair yang membawa oksigen kepada sel dalam tubuh, menjadi agen pembuang bahan toksik dan bertindak sebagai pelincir kepada sendi dan organ kita.

Bagi seseorang yang kurang minum air, ia akan mengakibatkan penyakit seperti risiko batu karang, sakit kepala, kesakitan sendi dan otot, lesu pada wajah dan kehausan. Air kencing juga akan berbau kuat dan berwarna kuning pekat bermakna ia jelas menandakan seseorang itu mengalami hidrasi.
Namun, dalam kita tidak sedar, seseorang itu akan kehilangan air dengan banyak daripada tubuh badannya menerusi pembuangan air kencing, pernafasan dan berpeluh. Bagi mereka yang aktif bersukan, kadar kehilangan air adalah lebih banyak berbanding dengan mereka yang tidak aktif.
Pegawai Belia dan Sukan Universiti Sains Malaysia (USM), A. Jegatheesvaran, juga selaku jurulatih Pasukan Olahraga USM berkata, air yang cukup dalam tubuh badan amat penting bagi mengekalkan kesegaran kepada tubuh badan. Beliau juga turut mengingatkan siswa-siswi yang aktif bersukan, melebihkan pengambilan air dalam kehidupan seharian mereka.

Call/SMS/Whatsapp Segera 0135312925


“Mereka yang aktif bersukan perlu minum air sebelum dan selepas bersenam agar ia dapat menjadi cecair semulajadi dalam mengekalkan fungsi dalam badan. Kekurangan air semasa bersukan akan menyebabkan kita mudah terhidrasi dan boleh menyebabkan seseorang itu pengsan”, jelasnya.
Selain itu, beliau juga menambah, air juga perlu diminum lebih awal sebelum tekak berasa kehausan. Bagi mereka yang sedang berdiet, Jegatheesvaran menyatakan bahawa dengan meminum banyak air, ia tidak akan menyebabkan seseorang itu menjadi gemuk kerana air mempunyai kosong kalori dan ia juga akan mengenyangkan.

Air juga bukan sahaja datang daripada air minuman, malah ia juga datang daripada makanan seharian kita. Antara makanan yang mempunyai kandungan air yang banyak adalah daripada buah-buahan citrus seperi oren, limau gedang dan limau. Di samping ia juga menjadi sumber khasiat untuk vitamin C, ia juga dapat memberikan kesegaran dalam tubuh badan dan sebagai bonus, ia juga dapat mencantikkan kulit.

Dalam satu artikel yang ditulis oleh Deborah Ross pada kolum Easy Living untuk terbitan The Conde Nast Publications Ltd, beliau menyatakan bahawa sejumlah air terdapat dalam makanan seharian seperti telur yang mempunyai 70 peratus air, timun yang mempunyai 95 peratus air, buah-buahan dan sayur-sayuran mewakili 95 peratus air dan akhir sekali ayam mentah yang mempunyai 65 peratus air tanpa kita sedar.

Bagi memilih air yang paling sihat, air mineral ialah pilihan air yang terbaik. Menurut kajian yang dibuat oleh Jabatan Makanan dan Dadah (FDA), Amerika Syarikat pada tahun 2012, air mineral boleh membuang toksin yang mampu memberi kesan bahaya kepada tubuh. Sebaiknya, air mula diminum pada awal pagi ketika perut masih kosong untuk melancarkan lagi proses pembuangan toksin dalam tubuh badan.

Tambahan pula, ia adalah langkah yang terbaik bagi menjaga kesihatan berbanding dengan pengambilan minuman ringan yang mengandungi gula dan berkalori tinggi. Selain itu, FDA juga melaporkan, air mineral yang mempunyai kadar elektron silicon yang tinggi boleh mengurangkan kadar penyakit Alzheimer iaitu penyakit daya ingatan yang merosot dengan cara menyingkirkan neurotoksin aluminium dalam badan.

Tanpa air yang cukup dalam badan, pastinya ia akan mendatangkan pelbagai kesan negatif kepada kita. Pengambilan air yang cukup dapat membantu penyerapan nutrien daripada makanan dengan lebih baik semasa proses itu berlaku.

Tambahan pula, pada musim panas seperti sekarang, pengambilan air yang cukup amat penting untuk mengelakkan diri kita terhidrasi. Setiap orang perlu mengamalkan tabiat meminum air dengan kerap dalam kehidupan seharian mereka. Paling malang sekali, jika badan kekurangan air, ia boleh meningkatkan paras bahan toksin dalam badan hingga mampu membahayakan nyawa.

Kredit: Berita Kampus, Diterbitkan pada Rabu, 19 March 2014