Kepentingan Air Untuk Tubuh BAdan Kita

Kepentingan Air

KEPENTINGAN DAN JENIS-JENIS AIR-Manusia sangat memerlukan kepada air dan 2/3 daripada bumi dilitupi dengan air. Malahan 70% daripada badan manusia terdiri daripada air. Jadi air sangat penting kepada sistem badan manusia. Kekurangan air dalam badan akan menyebabkan sistem pengaliran darah tidak lancar dan akan menjadikan seluruh organ tidak mendapat oksigen dengan kadar yang mencukupi. Apabila seluruh organ tidakDAPAT kadar oksigen yang mencukupi, maka proses untuk setiap organ bekerja akan menjadi sukar dan lambat. Contohnya otak. Jika otak tidak mendapat oksigen yang dikehendaki, setiap pekerjaan seseorang itu akan menjadi lambat dan kucar-kacir. Memang tidak dapat dinafikan bahawa air merupakan sumber utama dalam kehidupan seharian manusia.

KEPENTINGAN DAN JENIS-JENIS AIR
Antara kepentingan air dalam diri manusia ialah :
  1. Mengawal suhu badan.
  2. Melancarkan perjalanan darah.
  3. Membantu bawa nutrien dan oksigen ke seluruh tubuh badan.
  4. Membantu penyerapan oksigen.
  5. Mengawal geseran sendiri.
  6. Menyingkirkan bahan buangan.
  7. Membantu menyingkirkan toksin daripada badan.
  8. Melindungi dan melapisi organ penting.
Mahukan air bersih di rumah? Lihat promosi kami di sini---> http://bit.ly/1OpcKYa
Terdapat banyak lagi kepentingan air dalam kehidupan manusia selain daripada yang penulis senaraikan di atas. Selain daripada kepentingan air, terdapat juga jenis-jenis air yang telah ditetapkan oleh Islam mengikut beberapa kategori. Ianya adalah bertujuan supaya manusia mendapat air yang bersih dan tidak tercemar serta suci untuk kegunaan harian.
Sumber daripada www.Pencetus.com