Kualiti Air Paip Di Malaysia Kini

Masih ramai rakyat Malaysia tidak tahu mahupun sedar akan kandungan air paip adalah bahaya kepada manusia. Mungkin ada yang dah tahu tapi masih berpeluk tubuh tidak mulakan sebarang tindakan apa-apa.
Air paip merupakan satu-satunya sumber air kita kini tapi jika ianya membahayakan kesihatan kita apakah alternatif yang perlu kita ambil...??? Jika anda serius mahu selamatkan diri serta keluarga anda dari pembunuh senyap ini maka sila teruskan bacaan anda sekarang...

Saya akan tunjukkan anda perlu lakukan demi mengelakkan diri dalam bahaya......

Bagaimana ini boleh berlaku???
Untuk pengetahuan anda dalam air paip kita mengandungi pelbagai bahan yang menjadi penyumbang utama risiko bahaya ke atas manusia. Antaranya adalah :
  • Klorin
Klorin yang pada asalnya digunakan untuk melunturkan warna keruh air serta mematikan kuman bertukar menjadi racun kepada manusia. Klorin tidak boleh dihapuskan dengan proses didihan malah selepas dididih klorin menjadi satu racun yang sangat bahaya kepada manusia dan kerana itu jika anda sedar lebih ramai bayi menghadapi penyakit kuning kerana pengambilan air berklorin oleh ibu ketika mengandung.
Tahukah anda bahawa air paip yang diminum dan digunakan sejak sekian lama, adalah salah satu penyebab barah yang utama? Ini bukanlah satu fakta baru yang mengejutkan. Para saintis telah mengkaji mengenai air paip yang dirawat menggunakan klorin dan kesannya terhadap hidupan.
Seorang saintis bernama Dr. Herbert Schwartz menulis
- "Klorin sangat berbahaya"
"Menambah klorin ke dalam air sama seperti memulakan satu bom jangka dan membuatkan kita tua sebelum masanya dengan munculnya bermacam-macam simptom penyakit."
Kesan Klorin kepada tubuh manusia:
  • Menjadi toksid kepada tubuh manusia jika terhidu
  • Menghakis tisu manusia
  • Amat merbahaya dan boleh membentuk hazard kimia sekiranya bertindak dengan acetylene, ether, gas ammonia dan hydrogen

  • Karat
Proses karatan berlaku apabila air melalui saluran paip besi. Mungkin dengan mata kasar karat ini tidak kelihatan, namun jika anda ada memasang penapis air di rumah anda akan lihat betapa cepatnya penapis menjadi kotor (warna karat). Setiap hari kita minum air yang berkarat.
Air paip tidak sekadar mengandungi bahan-bahan di atas, tetapi terlalu banyak bahan tercemar terkandung di dalam air dan berpuluh-puluh jenis racun seperti:
  • Arsenik
  • Ubat gegat
  • Plumbum
  • Raksa
  • ...dan banyak lagi keladak daripada baja, racun serangga, racun rumpai dan bahan buangan industri


Pendek kata air paip kita mengandungi pelbagai bahan yang bahaya yang mampu meracuni manusia secara senyap.
Kenapa Pihak Berwajib Tidak Membina Satu Sistem Yang Mampu Menyelesaikan Masalah Ini...???
Ini bukanlah salah Kerajaan atau pihak berwajib kerana tidak membina satu sistem rawatan yang boleh menyelesaikan sepenuhnya masalah bahaya bekalan air paip kita. Sistem rawatan air kita sememangnya memang sudah cukup baik namun untuk membina satu sistem yang mampu menyelesaikan kesemua masalah bekalan air harus mempunyai belanjawan yang terlalu tinggi kerana ianya bukan hanya membina sistem malah kos penyelenggaraan yang terlalu tinggi.

Pencemaran sumber air secara realitinya sekarang ini agak sukar untuk dielak. Cara hidup serta sikap yang diamalkan oleh penduduk dunia tidak memungkinkan untuk sumber air ini tidak tercemar.
Tidak payah pergi jauhlah... kita sendiri yang menggunakan pencuci serta bahan-bahan berflorida dan hasil dari cucian yang kita lakukan dan air kotoran tersebut kita lepaskan ke longkang yang mana ianya akan terus ke sungai dan dari sungai ini bakal dikumpulkan semula bagi tujuan rawatan dan bekalan semula air. Sikap segelintir dari kita juga yang suka-suka membuang sampah ke dalam sungai.
Oleh itu sikap dan tanggungjawab kita sebagai pengguna juga merupakan faktor penting dalam menyelesaikan masalah ini.