Pernahkah Anda Terfikir Apa Yang Anda Minum Setiap Hari?

SELEPAS ANDA BACA ARTIKEL INI, MUNGKIN ANDA BERFIKIR 2-3 KALI UTK MINUM AIR DI RUMAH ANDA ATAU DI MANA2.....

Air yang tercemar tidak semestinya kelihatan keruh. Pada hakikatnya,air sejernih kristal dari paip kita mungkin telah dicemari oleh bahan-bahan buangan dari kawasan perumahan,perindustrian dan pertanian.Bahan-bahan pencemar ini berakhir di sungai kita,di mana air diekstrak dan dirawat di loji pemprosesan sebelum disalurkan balik ke rumah kita.

Walaupun air paip telah ditapis dan melalui proses pengklorinan untuk membunuh bakteria dan virus,proses ini tidak menyingkir kebanyakkan bahan kimia sintesis dan bahan pencemar bukan organik termasuk mineral berbahaya seperti nitrat dan nitrit.Pastinya penggunaan jangka panjang air ini berpotensi mengakibatkan bencana.
Sama ada untuk diminum atau untuk kegunaan rumahtangga,air bersih dan sihat merupakan asas kehidupan yang panjang,sihat dan berkualiti.

Dari manakah sumber air paip kita?

Kebanyakkan sumber air kita seperti sungai,tasik,empangan dan mata air telah dicemari oleh bahan-bahan kimia berbahaya.Dari sumber-sumber tadi air ini seterusnya disalurkan ke loji-loji rawatan dan di sini klorin ditambah ke dalam air untuk membunuh mikroorganisma dan bakteria tetapi ia tidak menyingkirkan semua bahan pencemar.

Seterusnya dari loji-loji tadi air seterusya disalurkan ke rumah kita melalui paip-paip besar yang kemudian akan masuk ke rumah kita melalui paip yang lebih kecil. Walau pun telah melalui proses pengklorinan tetapi air ini masih mengandungi bahan pencemar .Pengklorinan hanya membunuh mikroorganisma dan bakteria tetapi tidak menyingkirkan semua bahan pencemar.

Jenis-jenis bahan pencemar yang biasa dalam air.

1.Bahan pencemar biologi

Bahan pencemar biologi termasuk "organisma hidup" seperti bakteria, virus, sistas, dll. Mereka bertanggungjawab ke atas kematian berjuta-juta orang setiap tahun.
Menurut Bank Dunia,88% daripada semua penyakit didunia berpunca daripada air minuman yang tidak selamat,sanitasi yang tidak mencukupi serta kebersihan yang tidak cekap.

Setiap tahun,masalah yang berkaitan dengan air bertanggungjawab atas 4 billion kes cirit-birit yang yang menyebabkan kematian terhadap lebih daripada 6 juta orang kanak-kanak. Air yang tidak bersih mengakibatkan 1.5 juta kes hepatitis A (dan 133 juta kes cacing usus) . Laporan CNN,Dis 2007

2. Bahan pencemar organik

Bahan pencemar organik termasuk racun serangga, racun rumpai, racun kulat, farmaseutikal, dll. dan ditemui dalam air di seluruh dunia. Mereka boleh menyebabkan, di antaranya, gangguan sistem endokrin, kanser dan kematian.
Menurut ‘Earth Day Network’ ,1.4 juta penduduk A.S kini secara malarnya meminum air yang dicemari oleh racun rumpai karsinogenik. (Laporan CNN,Dis 2007)
Peningkatan jumlah kematian akibat kanser mungkin sebahagiannya berpunca daripada racun perosak,baja dan sisa perindustrian yang semakin banyak terlepas ke dalam bekalan air kita. (Reader’s Digest)

3. Bahan pencemar bukan organik.

Bahan pencemar bukan organik termasuk pepejal terlarut seperti nitrat, nitrik asbestos, kalsium, magnesium, dll., ditambah dengan logam larut seperti plumbum, arsenik, kadmium, tembaga, dll.

Arsenik adalah beracun kepada semua sel hidup,dan akan menyebabkan kanser paru-paru,hati ,buahpinggang dan pundi kencing yang membawa maut dikalangan manusia. (Persatuan Mikrobiologi Umum,melalui Eurek Alert)

Paras nitrat yang tinggi menyebabkan “sindrom Bayi Biru” yang mengurangkan keupayaan darah membawa oksigen. (U.S EPA) Plumbum berbahaya kepada perkembangan otak janin,kanak-kanak dan wanita hamil,manakala menimbulkan masalah buahpinggang & tekanan darah tinggi bagi golongan dewasa. (U.S EPA)

4. Produk sampingan Disinfeksi

Klorin/Produk Sampingan Disinfeksi, juga dikenali sebagai DBP, termasuk Trihalometana dan Bromida. Banyak daripada kompaun ini telah dikenalpasti baru-baru ini dan dianggap sebagai karsinogenik. Satu kajian terhadap hampir 40,000 bayi membuktikan bahawa bahan kimia yang terbentuk semasa pengklorinan berkait rapat dengan kejadian kecacatan semasa lahir. ( The Daily Mail Online,03/06/2008)

Risiko kanser dikalangan orang yang minum air berklorin adalah 93% lebih tingi daripada golongan yang minum air tanpa klorin. (U.S Council of Environment Quality)

5. Bahan pencemar estetik.

Bahan pencemar estetik ialah jenis yang dianggap tidak mengancam kesihatan, seperti rasa, bau, warna, dll. Berdasarkan kepada info tersebut, air yang kita dapat dari paip kita di rumah bukan lagi air yang paling selamat untuk menjadi air minuman kita.Ini adalah disebabkan punca air tersebut kebanyakkan telah dicemari oleh bahan-bahan buangan industri dan termasuk ubat-ubatan yang larut dalam air yang tidak mudah untuk disingkirkan. Oleh itu kita perlukan sistem penapisan yang mampu menapis bahan pencemaran tersebut kerana semakin lama punca air kita seperti sungai dan tasik akan semakin banyak pencemaran.

Apa yang kita perlukan adalah sebuah sistem penapisan yang boleh menyingkirkan kebanyakan bahan pencemaran yang terlarut dalam air minuman kita.Ramai orang tidak menyedari bahawa mineral yang ada dalam air bukanlah mineral yang baik semata-mata tetapi terkandung juga bahan kimia dan racun yang merbahaya untuk kesihatan.

YA!!!MEMANG KERAJAAN ADA MERAWAT DAN MEMBERSIH AIR PAIP KITA...
TAPI...

Untuk mengurangkan pencemaran ini, Jabatan Bekalan Air telah membersihkan air dengan menggunakan klorin.

Kesan Klorin kepada tubuh manusia:-

1.      Menjadi toksid kepada tubuh manusia jika terhidu
2.      Menghakis tisu manusia
3.     Amat merbahaya dan boleh membentuk hazard kimia sekiranya bertindak dengan         acetylene, ether, gas ammonia dan hydrogen

Fakta : Tahukah anda Klorin turut digunakan sebagai senjata pada
perang dunia pertama?

Ada yang mengatakan, pendidihan adalah cara terbaik untuk membuang klorin, tetapi ia sebenarnya tidak menghilangkan kandungan klorin didalam air. Sebaliknya pendidihan akan menghasilkan Trihalomethanes (TTHM) yang sangat mengerikan akibatnya terhadap kesihatan penggunanya.

Sebenarnya, kesan dari klorin yang saya sebutkan diatas adalah kesan segera dan sehingga kini tiada siapa dapat memastikan separah mana kesan klorin terhadap manusia. TETAPI, dari salah satu kajian yang dijalankan KLORIN adalah salah satu penyebab KANSER!!!

Selain dari itu tahukah anda, walaupun air telah dirawat dengan Klorin, banyak lagi unsur-unsur cemar yang terdapat di dalam air paip yang masih tertinggal dan boleh memudaratkan kesihatan. Karat, kuman, virus, logam berat, bahan radioaktif malahan najis dan mayat juga antara pencemaran yang turut sama keluar dari paip air yang dibekalkan ke rumah anda seperti yang dilapurkan di dada akhbar.

Pencemaran AIR. Apakah kesannya terhadap Kita?


Menurut statistik yang dikeluarkan oleh The Sun pada 5 Julai 2003

•        Seorang dari 4 rakyat Malaysia berkemungkinan menghidap kanser menjadikan             40,000 kes baru kanser setiap tahun
•        3,000,000 rakyat Malaysia mengidap Obeseti
•        Pada 1996 seramai 800,000 orang mengidap kencing manis yang mendedahkan            indidividu kepada sakit jantung, mati pucuk dan angin ahmar.

Sanggupkah membiarkan diri anda, keluarga dan orang yang anda sayangi termasuk dalam statistik diatas?

Tahukah anda apakah kesan dari bahan logam akibat pencemaran air kepada tubuh manusia?

  • Logam Dalam Air Yang Tercemar   Kesan Pada Tubuh Manusia
  • Aluminium Cepat tua dan Alzheimer
  • Lead / Plumbum  Kanser
  • Arsenik      Kesakitan, Kerosakan sistem tubuh dan kematian
  • Kadmium   Darah Tinggi dan sakit buah pinggang
  • Nitrate        Boleh menyebabkan Kanser
  • Flourida     Menurunkan sistem imunisasi dan pertahanan badan dari melawan penyakit. Flourida juga boleh mengakibatkan sakit jantung
  • Merkuri      Menyebabkan kerosakan otak dan sistem pusat saraf
  • Strontium 90       Menyebabkan Anaemea, Leukimia dan Kanser tulang
  • Iodin Radioaktif  (dalam susu) – Boleh menyebabkan Kanser Tiroid
  • Klorin         Kanser Darah, menyekat metabolisma lemak, enzim dan penyembuhan penyakit



-
Selepas membaca kesan dan mudarat yang dibawa oleh air yang tercemar diatas, masih sanggupkah anda memberi susu yang dibuat dari air tercemar untuk anak kecil anda?
-
Atau sanggupkah anda menggunakan air yang dicemari dengan berbagai sisa bahan buangan untuk memasak bagi keluarga anda? Air paip mengandungi pelbagai bahan tercemar yang membahayakan dan mampu menyebabkan penyakit kanser, jantung serta penyakit alergi dan kesan sampingannya. Meminum air yang tercemar secara berterusan boleh merosakkan sel-sel dan mengakibatkan penyakit dan kesengsaraan.

MENCEGAH LEBIH BAIK DARI MERAWAT!!!!
FIKIRLAH DENGAN PANJANG...
FIKIRLAH MASA DEPAN ANAK2 ANDA..SANGGUPKAH ANDA BIAR MEREKA SAKIT?


APA YG BOLEH ANDA BUAT????