Proses Kitaran Air


Jarang sekali terdapat sumber air mentah yang sesuai untuk kegunaan domestik, proses rawatan air lazimnya diperlukan bagi menghapuskan semua bahan atau elemen yang tidak sesuai untuk kegunaan manusia. 

Secara purata, pengunaan air isi rumah sehari ialah 5000 liter, di mana hanya 5 peratus digunakan untuk penggunaan dan penyediaan makanan manakala baki 95 peratus digunakan bagi kegunaan mencuci, menyiram tumbuhan dan lain-lain. 

Call/SMS/Whatsapp Segera 0135312925


Di Malaysia, air permukaan merupakan sumber utama air mentah. Air hujan yang turun mengalir ke dalam sungai, kolam, tasik atau empangan binaan manusia. 

Sebahagian dari air hujan diserap ke dalam tanah sehingga ia tiba di lapisan batuan yang kalis air. Air jenis ini boleh didapati menerusi telaga atau ia boleh mengalir keluar sebagai mata air di cerun bukit. Sumber air ini dikenali sebagai air bawah tanah.


Kredit:SAJ Holding sdn. bhd, 2012