Tips Minum Air dengan Cara yang Betul

Pernah tak persoalan ini bermain difikiran kita semua:

" 2liter !! susahnya nak minum air sebanyak tue.."
" nak minum air masak? air manis xboleh ke? "
" malas la nak minum air, nnt asyik ke tandas jek"

Jika ada, kita sedang mengalami masalah meminum air masa secukupnya untuk keperluan tubuh badan kita.. rata-rata kita lihat, masyarakat cina sering membawa air dalam kuatiti yang banyak atau botol besar ke mana-mana mereka pergi.. berbeza dengan budaya orang melayu yang lebih suka berlenggang dan malas minum air..  minum air secukupnya dapat membantu badan berfungsi dengan baik serta minum air pada waktu yang betul dikatakan dapat memberi kesan mendalam pada tubuh badan manusia.


Ni ada beberapa teknik untuk minum air:

- Minum segelas air masak (250ml) sebaik bangun tidur.. Minum air masak di pagi hari dikatakan dapat menyegarkan dan menjadikan wajah kelihatan muda.

- Minum segelas air masak sejam sebelum tidur.

Ambil makanan tambahan / supplemen bersama 2 gelas air.

- Minum setengah gelas / segelas air masak setengah jam sebelum makan. Ia akan turut membantu anda mengurangkan berat badan dan mengelakkan makan berlebihan.

- Minum segelas air sebaik sahaja selepas ke tandas / menyusukan bayi atau mengepam.

Letakkan sebotol air masak di tepi katil, supaya bila terjaga di waktu malam boleh minum air masak.

Minum air setiap setengah/satu jam.

Bila dah terbiasa minum air dengan kerap, lama-lama tak susah nak nak minum air.. 
selamat mencuba..

Kredit:Nurizan Ahmad