Adab Minum Mengikut Sunnah

Rasulullah SAW adalah sebaik-baik contoh bagi seluruh umat Islam. Pasti beruntunglah dan berjayalah orang yang mengikuti dan mencontohi Rasulullah SAW sama ada dalam perkara peribadi, kekeluargaan, kepimpinan, amal ibadah, akhlak dan sebagainya.
Dan perlu diperingatkan bahawa Al Quran dan Sunnah Rasulullah SAW merupakan sumber dan panduan utama bagi umat Islam dalam aqidah, Syariat, ibadah, akhlak dan segala perkara berkaitan kehidupan manusia, termasuk pendidikan, ekonomi, pentadbiran, kepimpinan, perpaduan dan sebagainya, sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Aku telah tinggalkan dua perkara. Kamu tidak akan sesat sama sekali selama kamu berpegang dengan keduanya, iaitu: Kitabullah (Al Quran) dan Sunnah Rasulullah SAW”. (HR Imam Malik dan Muslim).
Rasullah SAW amat menyukai minum madu yang dicampur dengan air sejuk.amalan ini untuk tujuan amalan kesihatan. Rasulullah SAW juga suka minum air sejuk dan mencicip madu sebelum makan apa-apa diwaktu pagi.
Antara khasiat amalan-amalan ini ialah:
1.Menghilangkan balqham (kahak/lendir)
2.Mencuci perut
3.Membuang sisa-sisa makanan yang tertinggal didalam perut yang tidak
dicernakan dengan sempurna dan menolaknya ke usus besar
4.Menghapuskan sukatan dalam usus, menghilangkan senak perut dan sedu
5.Memperbaiki fungsi buah pinggang, limpa dan hati. Rasullah SAW suka
minum air yang telah disimpan semalaman didalam suatu bekas

Minuman Manis dan Sejuk :
Aisyah (ranha) meriwayatkan bahawa: ” Diantara banyak-banyak jenis minuman, Rasulullah saw suka minuman manis dan sejuk”
Hadis bermaksud, baginda mengemari minuman manis dan sejuk, campuran madu atau nabiz (rendaman buah tamar).
Didalam suatu doa Rasullah ada menyebut ” Ya Allah kurniakanlah aku dengan cintaMu yang lebih besar dari cintaku kepada nyawa, harta,anak dan cintaku kepada air sejuk”
Ini memberi isyarat bahawa sudah tentu minuman air sejuk itu mempunyai khasiat yang lebih besar.Adapun minuman jika terkumpul didalamnya kemanisan dan kesejukan akan menjadi asbab yang paling bermanfaat untuk penjagaan kesihatan tubuh badan Ini sekali gus berperanan bahan pemakanan dan mencernakan makanaan yang masuk kedalam tubuh lalu menyalurkannya keseluruh anggota badan.
Ringkasan adab minum :
1. Gelas atau cawan hendaklah dipegang dengan tangan kanan
2. Bacalah ” Bismillah”
3. Minum dengan tiga nafas
4. Minum dalam keadaan duduk
5. Jangan bernafas kedalam air. Setiap kali berhenti minum arahkan pernafasan
ketempat lain.
6. Setiap kali berhenti minum (pada setiap penafasan) bacalah Alhamdullilah
7. Jika tidak ada tempat untuk duduk adalah diharuskan minum sambil berdiri
8. Minum dari baki air yang telah diminum oleh orang lain Hadis menyatakan
bahawa saki baki air minuman seseorang Islam adalah ubat untuk penyakit
9. Jangan terus minum selepas dari melakukan persetubuhan ataupun setelah selesai mengerjakan kerja-kerja berat.
p/s : Mudah-mudahan kita akan memiliki peribadi yang mulia, keluarga yang mulia, anak-anak yang
soleh/solehah, kepimpinan terbaik, kehidupan yang terbaik dan seterusnya menjadi umat terbaik yang
mendapat petunjuk, keredhaan Allah SWT dan kebahagiaan di dunia dan akhirat, insya Allah… ^_^ Sunnah Kekasih Allah semoga menjadi ikutan..
Kredit: nizarazu.com