Air sungai di Selangor kualiti kelas ketiga

KLANG: Kualiti air sungai di Selangor menurun daripada kelas satu dan dua kepada kelas tiga akibat pencemaran sektor perindustrian, aktiviti pembuangan sampah dan bahan buangan dalam sungai.
Naib Presiden Persatuan Air Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya (SWAn), Aldric Loong, berkata kualiti air sungai kelas ketiga berada pada tahap sederhana yang memerlukan kos tinggi bagi merawatnya.

Menurutnya, sebanyak 53 peratus daripada bekalan air terawat yang disalurkan kepada pengguna di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya dari sungai yang diklasifikasi dalam kelas ketiga.


Call/SMS/ Whatsapp Segera 0135312925

“Kos merawat air sungai yang kualitinya berada pada tahap ketiga lebih tinggi kerana kandungannya sedikit tercemar,” katanya selepas menghadiri perbincangan meja bulat 2011 mengenai keadaan pembekalan air semasa di ketiga-tiga kawasan itu, di sini, semalam.


Aldric berkata, kualiti air sungai dibimbangi terus meningkat kepada kelas empat hingga mungkin membabitkan kos rawatan air jauh lebih tinggi andai sumber berkenaan tidak dijaga dengan baik.

Bagaimanapun, katanya, keadaan lebih serius apabila kualiti air sungai berada pada tahap kelima yang langsung tidak boleh dirawat.
“Justeru, setiap masyarakat perlu memainkan peranan menjaga kebersihan sungai demi kelangsungan masa depan,” katanya.

Kredit: myMetro, 22/10/2013