Kesan Kekurangan Air Putih Dalam Tubuh Badan

Tahukah anda kurang air, bahaya bagi darah dan sel-sel otak? Tahukah anda bahawa pengaruh air terhadap sistem kerja darah dan ginjal adalah sangat besar.

Jika kita mengambil air kurang dari 8 gelas sehari, kesan secara keseluruhan memang tidak terasa. Tapi sebagai penyelesaian, tubuh akan menyeimbangkan diri dengan mengambil sumber dari komponen tubuh sendiri, di antaranya dari darah.

Kekurangan air bagi darah amat berbahaya bagi tubuh. Sebabnya adalah darah akan menjadi kental dan pekat. Akibatnya, perjalanan darah sebagai alat pengangkutan oksigen dan zat-zat makanan pun akan terganggu.



Darah yang kental tersebut juga akan melewati ginjal yang berfungsi sebagai penapis atau alat untuk menyaring racun dari darah. Buah pinggang mempunyai saringan yang sangat halus, sehingga jika terpaksa menapis darah yang kental maka buah pinggang perlu bekerja lebih tambahan keras.

Kemungkinan besar buah pinggang akan rosak dan juga berkemungkinan besar kelak akan mengalami "cuci darah" atau dalam bahasa medik biasa disebut hemodialisis.



Bagaimana pula dengan otak? Perjalanan darah yang kental tersebut juga akan terhambat ketika melewati otak. Padahal, sel-sel otak paling memerlukan zat-zat makanan dan oksigen yang dibawa oleh darah.

Sehingga fungsi sel-sel otak tidak mampu berjalan dengan optimum dan bahkan sel-sel otak akan cepat mati. Keadaan tersebut akan semakin timbulnya masalah strok. Kerana itu jangan sampai kekurangan air !!!


Mahukan air bersih untuk minuman harian? Sila klik link ini ---> Air bersih dari penapis air

Kredit seribupulihan.blogspot.com