Penting ke AIR untuk TURUN BERAT BADAN?

Hari ni nak cerita pasal AIR dan kepentinganya. Ceh! macam nak ajar budak darjah 1 pasal air. Tapi ni dari sudut pandangan aku. Bila coaching customer, ramai yang mengeluh bila part minum air. Eh, lupa nak cakap AIR yang dimaksudkan AIR KOSONG ya. Bukan AIR MANIS or air yang ada kalori dan yang seangkatan dengannya. Kalo suruh minum air manis confirm semua customer happy sebab air manis yang sedap sangat bila masuk kat tekak! Aku pulak suka cakap sedap tapi sengsara! Huhu...



VS


Ok! Kita mula dengan fakta dulu. Menurut WHO (World Health Organization), setiap 25kg berat badan manusia memerlukan 1 liter air sehari. So berapa berat bdn korang sekarang bahagi la dgn 25.Kalau tengok average orang yang aku biasa timbang, air yang mereka kena minum 3-4 liter air sehari. Bersamaan dgn 2- 3 botol air mineral botol 1.5L. Suka bagi contoh botol mineral ni sebab senang nak bayangkan berapa byk air kena minum.


Selalunya bila aku keluarkan fakta WHO ni..ramai yang terkejut sebab tak percaya kena minum air banyak camtu. Lagi-lagi yang berbangsa Melayu, bangsa aku sendiri. Mula-mula dulu aku pon camtu gak. Terkejut dan tak percaya yang diri sendiri bole minum air sebanyak tu sehari. Tapi sekarang setakat 4 liter sehari ibarat petik jari sekali je!(eceh! bukan nak berlagak tapi itu realiti.hewhew..) Kenapa dulu tak bole sekarang bole? Sebab da jadi tabiat. Ingat senang ke nak start minum 4 liter air sehari! Susah ok masa nak mula! (Alhamdulillah ada coach yang sentiasa follow up dan beri tunjuk ajar)

Tabiat ni ibarat 1 benda yang kita berulang kali buat setiap hari. Macam gosok gigi setiap pagi bila bangun dari tidur.Sebab tu bila nak ubah tabiat kepada yang lebih baik bukan senang. Tapi kalau konsisten buat setiap hari, yang susah lama-lama jadi senang. 

Orang suka tanya kenapa kena minum air banyak? Sebenarnya tak banyak, tapi mencukupi untuk keperluan badan. Yang rasa banyak tu sebab tak biasa minum air! Ok, kat sini aku nak bagi contoh BUMI.

Biru : lautan VS Kuning/Hijau : Daratan

Bumi kita ni terdiri dari 30% daratan dan 70% lautan. Cuba bayangkan kalau peratus tu kita terbalikkan, 30% lautan dan 70% daratan. Bole bayangkan tak betapa kering kontang nya bumi ALLAH ni. Banyak hidupan di bumi ni akan mati sebab kekurangan air. 

Sekarang cuba kita apply pulak teori ni pada badan kita. Ibarat kan daratan tu adalah lemak dalam badan kita. Kalau lemak lagi tinggi dari air dalam badan, banyak organ-organ dalam badan yang tak bole berfungsi dengan baik.

Dari pengalaman aku buat wellness evaluation kat ramai org, selalunya org yang tinggi lemak dalam badan ada simptom-simptom berikut: Cepat letih, Senang mengantuk, Sakit kepala, Cepat mengah. Ramai orang anggap benda tu biasa. Tapi sebenarnya simptom-simptom tu semua nak menunjukkan badan kita tak sihat!

Oh ya, lupa nak bagitau peratus lemak dalam badan berkadar songsang dengan peratus air.Kalau lemak tinggi, air kurang. Kalau turun lemak, air naik. So, tips nak turun berat badan kena minum air yang mencukupi untuk badan atau lebih lagi bagus! 

Fungsi air dalam badan

Kalau baca fungsi air dalam badan kita ni boleh dikatakan dari sekecil-kecil sel sampai sebesar-besar organ badan kita semua perlukan air untuk berfungsi. Haaa..nak buat teka teki sikit! Tau tak apa organ terbesar badan kita? Fikir dulu jawapan...satgi jawapan sebenar akan dibongkar kan di akhir entri.


Pernah juga ada orang suka cakap "saya ni berat air...". Tapi bila timbang, bukan air tinggi, lemak yang tinggi! Sebenarnya bukan berat air tapi water retention dalam badan. Water retention ni jadi bila kita tak minum air yang cukup untuk badan. So badan akan hantar signal suruh simpan dan recycle air yang ada dalam badan. Ok, ini scary! Means, badan kita tak dapat buang toksin dengan baik. Nak tau air cukup atau tak dalam badan, cuba korang pegi buang air kecik dan tengok warna air kencing korang.



Makin kuning makin bahaya, makin jernih makin sihat la badan kita buang toksin. ( Masa tulis entry ni, setakat ni je aku da keluar masuk toilet lebih 10kali untuk detoks!) Ada jugak orang cakap, tak nak minum air banyak sebab malas pergi toilet! Aku pernah jumpe orang pergi toilet 2kali sehari time nak mandi je. Bila tanye berapa banyak minum air..segelas pon tak sampai! Hohoho! Scary ok! So sekarang kena tukar mind set,badan kita jadi lebih sihat setiap kali pergi toilet untuk buang air kecik! *Tips kurus: nak turun kan lemak dalam badan adalah waktu buang air kecik!


Ok! dah sampai akhir entri. Dah dapat jawapan teka teki tadi? hehe..jawapan nya adalah....jeng jeng!

KULIT ORGAN TERBESAR BADAN MANUSIA!

So, kalau nak kulit yang cantik pon kena minum air yang cukup untuk badan! AIR KOSONG ya!