Proses Rawatan Air

Adakah anda tahu bagaimana air dirawat dan diproses sebelum disalurkan kepada pengguna? Jika tidak, berikut adalah merupakan langkah-langkah untuk merawat air bersih. Fungsi rawatan air adalah untuk membekalkan air yang bersih, selamat, tidak berbau, tidak mempunyai warna, tidak keruh, tidak mengandungi bakteria dan bahan kimia yang berbahaya kepada para pengguna.
proses rawatan air
Proses rawatan air
Proses rawatan air

1. Penyaringan (Filtration)
Punca ataupun sumber air utama di Malaysia adalah daripada sungai, tasik dan empangan. Air daripada punca tersebut akan melalui proses penyaringan. Proses ini adalah untuk mengasingkan serpihan kayu, sampah, dedaun, tumbuhan akuatik dan lain-lain.
2. Koagulasi (Coagulation)
Proses koagulasi. Sumber  gambar tutor vista
Proses koagulasi. Sumber gambar tutor vista
Selalunya tawas akan ditambahkan ke dalam air yang telah melalui proses saringan. Tawas berfungsi sebagai partikel kecil yang melekit di dalam air, yang dikenali sebagai “floc”. Floc ini akan mula bergabung dengan partikel partikel lain.
3. Sedimentasi (Sedimentation)
Air akan dialirkan ke tangki sedimentasi untuk proses rawatan yang seterusnya. Air akan dialirkan ke tangki ini akan melalui proses yang panjang bagi membolehkan partikel-partikel yang terbentuk daripada proses koagulasi tadi untuk mendap ke dasar tangki. Selalunya tangki sedimentasi ini panjang dan air akan mengalir dengan perlahan.
4. Penapisan (Filtration)
Setelah melalui proses pemendapan, air yang keluar daripada tangki sedimentasi akan ditapis. Proses ini dekenali sebagai proses penapisan. Penapis konvensional yang digunakan adalah gabungan daripada lapisan pasir, batu dan juga arang. Proses ini berfungsi untuk memerangkap dan menyingkirkan partikel yang halus dan juga bakteria yang mungkin terdapat di dalam air.
6. Disinfeksi (Disinfection)
Setelah ditapis, air tadi akan dirawat untuk menyingkirkan bakteria dan juga melaraskan pH air. Lazimnya, klorin dicampurkan ke dalam air untuk menghapuskan mikroorganisma dalam air. Kapur dan abu soda akan digunakan untuk melaraskan nilai pH air.

Disinfeksi menggunakan sinar UV
Disinfeksi menggunakan sinar UV
Di negara-negara maju, kaedah disinfeksi seperti menggunakan sinaran UV, sinaran gamma, dan radiasi digunakan. Cara-cara ini memerlukan kos yang tinggi untuk digunakan di negara yang sedang membangun.
7. Penyimpanan (Storage)
Air tersebut akan disimpan di dalam tangki simpanan air dan seterusnya akan disalurkan kepada para pengguna.

Berdasarkan proses- proses di atas, proses penyaringan sehingga proses penapisan bertujuan untuk membuang bendasing di dalam air, manakala proses disinfeksi bertujuan menghapuskan mikroorganisma di dalam air. Proses rawatan air mungkin berbeza di negara-negara yang lain.
Kredit:Bloghijau.com, 14/3/2015